2 SAMUEL 18:9-10
2 SAMUEL 18:9-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Semasa Absalom menunggang baghalnya, tiba-tiba dia bertemu dengan anak buah Raja Daud. Baghalnya lalu di bawah pokok oak yang besar, sehingga kepala Absalom tersangkut pada dahan pokok itu. Baghalnya terus berlari sedangkan Absalom tertinggal dan tergantung di situ. Seorang daripada anak buah Raja Daud nampak Absalom dan melaporkan hal itu kepada Yoab, “Tuan, tadi saya nampak Absalom tergantung pada sebatang pokok oak!”
2 SAMUEL 18:9-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian bertemulah Absalom dengan anak-anak buah Daud. Pada waktu itu Absalom sedang menunggang seekor baghal. Ketika baghal itu sampai di bawah jalinan dahan sebuah pokok oak yang besar, kepala Absalom tersangkut pada pokok oak itu. Dia tergantung di antara langit dengan bumi, sedangkan baghal yang ditungganginya terus berlari. Seseorang melihat hal itu lalu memberitahukannya kepada Yoab, katanya, “Ketahuilah, hamba melihat Absalom tergantung di pokok oak.”