2 KORINTUS 12:5-10
2 KORINTUS 12:5-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku hendak membanggakan orang itu, bukan diriku sendiri. Aku akan membanggakan perkara-perkara yang menunjukkan kelemahanku sahaja. Jika aku hendak berbangga, aku tidak melakukan sesuatu yang bodoh, kerana aku mengatakan yang benar. Aku tidak mahu orang memandang tinggi terhadap aku kerana penglihatan itu, tetapi hanya kerana melihat perbuatanku dan mendengar kata-kataku. Tetapi supaya aku tidak terlalu sombong kerana penglihatan-penglihatan yang luar biasa itu, aku diberikan sejenis penyakit yang sangat menyakitkan. Penyakit itu alat Iblis untuk memukul aku supaya aku tidak terlalu sombong. Tiga kali aku berdoa kepada Tuhan supaya menghilangkan penyakit itu. Tetapi Tuhan menjawab, “Aku mengasihi kamu dan hal itu sudah cukup bagimu, kerana kuasa-Ku nyata sekali pada masa kamu lemah.” Oleh itu aku lebih suka membanggakan kelemahanku, supaya merasakan kuasa Kristus yang melindungi aku. Aku bersukacita ketika mengalami kelemahan, hinaan, kesukaran, penganiayaan, dan kesusahan, kerana Kristus. Aku bersukacita, kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus.
2 KORINTUS 12:5-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka deri hal orang yang dŭmkian itulah aku handak mŭmŭgahkan: tŭtapi deri halku sŭndiri tiada aku mahu mŭmŭgahkan, mŭlainkan dalam hal sagala kalŭmahanku sahja. Kŭrna jikalau aku handak mŭmŭgahkan skalipun, maka bukannya aku bodoh, kŭrna aku handak bŭrkata dŭngan sŭbŭnarnya; tŭtapi aku mŭnahankan diriku, supaya jangan dikirakan ulih barang sa’orang juapun akan daku tŭrlebih deripada barang yang dilihatnya itu, atau barang yang didŭngarnya deri halku. Dan supaya jangan aku mŭngatas atas diriku tŭrlampau ulih kŭrna kalempahan sagala kanyataan itu, maka adalah suatu duri dijadikan dalam dagingku, iya itu suatu utus utusan Shietan akan mŭnyuchuk aku, asal jangan aku mŭngatas ataskan diriku bŭrlebih lebihan. Bahwa ulih sŭbab pŭrkara itulah tiga kali aku tŭlah mŭmohonkan kapada Tuhan, supaya diundorkannya itu deripada aku. Maka Tuhan tŭlah bŭrfŭrman padaku, Adapun anugrahku itu padalah bagiemu; kŭrna gagahku itu tŭlah mŭnjadi sampornalah dalam kalŭmahan itu. Maka sŭbab itu aku tŭrlebih suka akan mŭmŭgahkan dalam sagala kalŭmahanku, supaya kwasa Almasih itu tinggal atasku. Maka sŭbab itu aku bŭrgŭmarlah dalam kalŭmahan, dan dalam kachŭlaan, dalam kasukaran, dalam annyaya, dalam kasŭsakkan sŭbab Almasih: kŭrna apabila aku lŭmahlah, maka tŭtkala itulah aku kuat.
2 KORINTUS 12:5-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku berbangga dengan orang itu, tetapi aku tidak akan berbangga dengan diriku, kecuali kelemahan-kelemahanku. Walaupun jikanya aku ingin berbangga, aku bukanlah bodoh, kerana aku menyatakan yang benar. Tetapi aku tidak akan melakukannya, supaya jangan ada orang yang menilaiku lebih tinggi daripada yang dilihatnya tentangku dan yang didengarnya daripadaku. Supaya aku tidak terasa terlalu tinggi kerana begitu dilimpahi wahyu, aku telah diberi duri dalam daging, utusan Iblis, untuk menyakitiku. Sudah tiga kali aku memohon kepada Tuhan supaya seksa ini disisihkan daripadaku. Tetapi firman-Nya, “Cukuplah kasih kurnia-Ku bagimu, kerana kekuatan-Ku menjadi sempurna dalam kelemahan.” Oleh itu, aku paling rela berbangga tentang kelemahan-kelemahanku, supaya kuasa Kristus menaungiku. Oleh itu, aku rela menanggung pelbagai kelemahan, celaan, kesempitan, penganiayaan dan kesusahan untuk Kristus; kerana apabila aku lemah, ketika itulah aku kuat.