Maka deri hal orang yang dŭmkian itulah aku handak mŭmŭgahkan: tŭtapi deri halku sŭndiri tiada aku mahu mŭmŭgahkan, mŭlainkan dalam hal sagala kalŭmahanku sahja. Kŭrna jikalau aku handak mŭmŭgahkan skalipun, maka bukannya aku bodoh, kŭrna aku handak bŭrkata dŭngan sŭbŭnarnya; tŭtapi aku mŭnahankan diriku, supaya jangan dikirakan ulih barang sa’orang juapun akan daku tŭrlebih deripada barang yang dilihatnya itu, atau barang yang didŭngarnya deri halku. Dan supaya jangan aku mŭngatas atas diriku tŭrlampau ulih kŭrna kalempahan sagala kanyataan itu, maka adalah suatu duri dijadikan dalam dagingku, iya itu suatu utus utusan Shietan akan mŭnyuchuk aku, asal jangan aku mŭngatas ataskan diriku bŭrlebih lebihan. Bahwa ulih sŭbab pŭrkara itulah tiga kali aku tŭlah mŭmohonkan kapada Tuhan, supaya diundorkannya itu deripada aku. Maka Tuhan tŭlah bŭrfŭrman padaku, Adapun anugrahku itu padalah bagiemu; kŭrna gagahku itu tŭlah mŭnjadi sampornalah dalam kalŭmahan itu. Maka sŭbab itu aku tŭrlebih suka akan mŭmŭgahkan dalam sagala kalŭmahanku, supaya kwasa Almasih itu tinggal atasku. Maka sŭbab itu aku bŭrgŭmarlah dalam kalŭmahan, dan dalam kachŭlaan, dalam kasukaran, dalam annyaya, dalam kasŭsakkan sŭbab Almasih: kŭrna apabila aku lŭmahlah, maka tŭtkala itulah aku kuat.
Baca 2 Korinthus 12
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 2 Korinthus 12:5-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video