1 TESALONIKA 2:3-8
1 TESALONIKA 2:3-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Rayuan kami kepada kamu tidak berdasarkan kesilapan ataupun maksud yang tidak murni. Kami juga tidak cuba memperdaya sesiapa pun. Sebaliknya kami sentiasa berkata-kata sebagaimana yang dikehendaki Allah, kerana kami dianggap layak oleh Allah untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati orang, tetapi kami berusaha untuk menyenangkan hati Allah yang menguji hati kami. Kamu tahu bahawa kami tidak datang kepada kamu dengan kata-kata yang mengangkat, ataupun dengan maksud untuk mengambil untung daripada kamu. Allah saksi kami! Kami tidak berusaha untuk mendapat pujian daripada sesiapa pun, baik daripada kamu mahupun daripada orang lain. Sebenarnya sebagai rasul Kristus kami boleh menuntut sesuatu daripada kamu. Tetapi apabila kami bersama-sama kamu, kami bersikap lemah lembut seperti seorang ibu yang menjaga anak-anaknya. Kerana kami mengasihi kamu, kami bersedia mati bagi kamu di samping memberitahu kamu Berita Baik daripada Allah. Kami sangat mengasihi kamu!
1 TESALONIKA 2:3-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna nasihat kami itu bukannya dŭngan tipu, atau deripada nŭjis, atau dŭngan pŭrdaya; Tŭtapi spŭrti tŭlah dipŭrkŭnankan Allah mŭmŭgangkan amanat Injil pada kami, maka dŭmkian itulah kami bŭrkata kata, bukannya spŭrti mŭnyukakan manusia, mŭlainkan Allah yang mŭnchobai hati kami. Kŭrna bŭlomlah pŭrnah barang bila pun baik, kami mŭmakie pŭrkataan mŭngangkat angkat, spŭrti yang kamu kŭtahui, atau loba yang bŭrolok olok, Allah bŭrsaksi. Atau tiada kami mŭnchari hormat diantara manusia, baik deripada kamu, baik deripada orang lain lain, jikalau kami mahu, bulihlah kami ini mŭnjadi brat bagie kamu, ulih sŭbab kami ini rasul rasul Almasih adanya. Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya. Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami.
1 TESALONIKA 2:3-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang kotor mahupun usaha untuk memperdayamu. Sebaliknya, kami sentiasa berkata-kata sebagai orang yang dipandang layak oleh-Nya untuk memegang amanah menyampaikan Injil itu. Kami tidaklah berusaha hanya sekadar menyukakan hati manusia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah yang menguji hati kami. Kamu tahu bahawa kami tidak mendekatimu dengan kata-kata sanjungan atau dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan keuntungan daripadamu. Allah menjadi saksi kami. Kami juga tidak berusaha mendapatkan pujian manusia baik daripada kamu mahupun orang lain. Walaupun sebagai rasul Kristus kami memang boleh menuntut sesuatu daripadamu, namun ketika kami bersamamu, kami bersikap lemah lembut seperti ibu menjaga anak-anaknya. Kami amat mengasihimu sehingga kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat kami kasihi.