Kŭrna nasihat kami itu bukannya dŭngan tipu, atau deripada nŭjis, atau dŭngan pŭrdaya; Tŭtapi spŭrti tŭlah dipŭrkŭnankan Allah mŭmŭgangkan amanat Injil pada kami, maka dŭmkian itulah kami bŭrkata kata, bukannya spŭrti mŭnyukakan manusia, mŭlainkan Allah yang mŭnchobai hati kami. Kŭrna bŭlomlah pŭrnah barang bila pun baik, kami mŭmakie pŭrkataan mŭngangkat angkat, spŭrti yang kamu kŭtahui, atau loba yang bŭrolok olok, Allah bŭrsaksi. Atau tiada kami mŭnchari hormat diantara manusia, baik deripada kamu, baik deripada orang lain lain, jikalau kami mahu, bulihlah kami ini mŭnjadi brat bagie kamu, ulih sŭbab kami ini rasul rasul Almasih adanya. Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya. Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami.
Baca 1 Thessalonika 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Thessalonika 2:3-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video