1 TESALONIKA 2:1-9

1 TESALONIKA 2:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

Saudara-saudaraku, kamu sendiri tahu bahawa lawatan kami kepada kamu tidak sia-sia. Kamu tahu bahawa kami dianiaya dan dihina di Filipi, sebelum kami datang kepada kamu di Tesalonika. Meskipun kami mengalami tentangan, Allah kita mengurniai kami keberanian untuk memberitahu kamu Berita Baik yang datang daripada-Nya. Rayuan kami kepada kamu tidak berdasarkan kesilapan ataupun maksud yang tidak murni. Kami juga tidak cuba memperdaya sesiapa pun. Sebaliknya kami sentiasa berkata-kata sebagaimana yang dikehendaki Allah, kerana kami dianggap layak oleh Allah untuk mengisytiharkan Berita Baik itu. Kami tidak berusaha untuk menyenangkan hati orang, tetapi kami berusaha untuk menyenangkan hati Allah yang menguji hati kami. Kamu tahu bahawa kami tidak datang kepada kamu dengan kata-kata yang mengangkat, ataupun dengan maksud untuk mengambil untung daripada kamu. Allah saksi kami! Kami tidak berusaha untuk mendapat pujian daripada sesiapa pun, baik daripada kamu mahupun daripada orang lain. Sebenarnya sebagai rasul Kristus kami boleh menuntut sesuatu daripada kamu. Tetapi apabila kami bersama-sama kamu, kami bersikap lemah lembut seperti seorang ibu yang menjaga anak-anaknya. Kerana kami mengasihi kamu, kami bersedia mati bagi kamu di samping memberitahu kamu Berita Baik daripada Allah. Kami sangat mengasihi kamu! Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat bagaimana kami bertungkus lumus! Kami bekerja siang malam supaya kami tidak menjadi beban kepada kamu semasa kami mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah.

1 TESALONIKA 2:1-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

KŬRNA kamu saudara saudara, sŭndiri tŭlah mŭngatahui derihal kŭdatangan kami kapada kamu itu, bahwa iya itu bukannya dŭngan sia sia adanya. Tŭtapi mŭskipun kumdian dahulu deripada kami tŭlah mŭrasai, sŭrta dilakukan atas kami dŭngan klakuan yang tiada malu diFilippi, yang spŭrti kamu kŭtahui, maka kami brani juga kŭrna Allah, bŭrkata kata kapada kamu akan Injil Allah dŭngan banyak pŭrbantahan. Kŭrna nasihat kami itu bukannya dŭngan tipu, atau deripada nŭjis, atau dŭngan pŭrdaya; Tŭtapi spŭrti tŭlah dipŭrkŭnankan Allah mŭmŭgangkan amanat Injil pada kami, maka dŭmkian itulah kami bŭrkata kata, bukannya spŭrti mŭnyukakan manusia, mŭlainkan Allah yang mŭnchobai hati kami. Kŭrna bŭlomlah pŭrnah barang bila pun baik, kami mŭmakie pŭrkataan mŭngangkat angkat, spŭrti yang kamu kŭtahui, atau loba yang bŭrolok olok, Allah bŭrsaksi. Atau tiada kami mŭnchari hormat diantara manusia, baik deripada kamu, baik deripada orang lain lain, jikalau kami mahu, bulihlah kami ini mŭnjadi brat bagie kamu, ulih sŭbab kami ini rasul rasul Almasih adanya. Tŭtapi kami tŭlah bŭrlaku dŭngan lŭmah lŭmbut diantara kamu, spŭrti sa’orang pŭngasoh mŭmliharakan anak anaknya. Maka sŭbab kami rindu dŭndam akan kamu; relalah juga kami mŭmbri pada kamu, bukaunya Injil Allah sahja, mŭlainkan jiwa kami sŭndiri, ulih sŭbab kamulah kŭkasih kami. Kŭrna kamu ingatlah juga saudara saudara, akan kŭlŭlahan dan kasusahan kami: kami bŭrlŭlah siang dan malam, sŭbab kami tiada mahu mŭnjadikan diri kami tanggongan pada barang sa’orang juapun diantara kamu, maka kami mŭngajar Injil Allah kapada kamu.