Saudara-saudaraku, kamu tahu bahawa kunjungan kami kepadamu tidak sia-sia. Kamu tahu bahawa kami telah dianiaya dan telah dihina di Filipi. Walaupun kami telah ditentang tetapi dengan pertolongan Allah kita, kami beroleh keberanian untuk menyampaikan Injil-Nya kepadamu. Seruan kami kepadamu tidak berasaskan kesilapan atau niat yang kotor mahupun usaha untuk memperdayamu. Sebaliknya, kami sentiasa berkata-kata sebagai orang yang dipandang layak oleh-Nya untuk memegang amanah menyampaikan Injil itu. Kami tidaklah berusaha hanya sekadar menyukakan hati manusia tetapi semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah yang menguji hati kami. Kamu tahu bahawa kami tidak mendekatimu dengan kata-kata sanjungan atau dengan niat tersembunyi untuk mendapatkan keuntungan daripadamu. Allah menjadi saksi kami. Kami juga tidak berusaha mendapatkan pujian manusia baik daripada kamu mahupun orang lain. Walaupun sebagai rasul Kristus kami memang boleh menuntut sesuatu daripadamu, namun ketika kami bersamamu, kami bersikap lemah lembut seperti ibu menjaga anak-anaknya. Kami amat mengasihimu sehingga kami bukan sahaja berasa sukacita menyampaikan Injil daripada Allah kepadamu malah sanggup memberikan kehidupan dan nyawa kami untukmu kerana kamu amat kami kasihi. Saudara-saudaraku, tentu kamu ingat betapa kami bertungkus-lumus siang malam agar tidak membebankan kamu ketika kami menyebarkan Injil daripada Allah.
Baca 1 Tesalonika 2
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Tesalonika 2:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video