1 PETRUS 4:12-19
1 PETRUS 4:12-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kamu sekarang menanggung penderitaan yang berat kerana kamu sedang diuji. Janganlah hairan dan janganlah anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bersyukurlah kerana kamu turut menanggung penderitaan bersama-sama Kristus. Dengan demikian kamu akan bersukacita, apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak. Berbahagialah kamu jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus. Hal ini bererti bahawa Roh yang mulia, iaitu Roh Allah ada pada kamu. Janganlah seorang pun antara kamu menanggung penderitaan kerana dia pembunuh, atau pencuri, atau penjahat, atau kerana dia mencampuri urusan orang lain. Tetapi jika kamu menanggung penderitaan oleh sebab kamu orang Kristian, janganlah malu kerananya. Bersyukurlah kepada Allah, kerana kamu pengikut Kristus. Tibalah saatnya Allah mengadili dunia. Mula-mula Dia akan mengadili umat-Nya sendiri. Jika kita yang mula-mula diadili, betapa dahsyatnya kesudahan orang yang tidak percaya kepada Berita Baik daripada Allah! Di dalam Alkitab tertulis, “Jika orang baik pun susah diselamatkan, apa yang akan berlaku kepada orang berdosa yang tidak mengenal Allah?” Oleh itu, orang yang menanggung penderitaan kerana hal itu kehendak Allah, harus berbuat baik dan berserah kepada Pencipta mereka, yang sentiasa menepati janji-Nya.
1 PETRUS 4:12-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭkasih, janganlah kamu sangka ajaib derihal annyaya yang bŭrapi itu akan mŭnchobai kamu, sa’olah olah barang pŭrkara hieran tŭlah datang ka’atas kamu. Mŭlainkan bŭrgŭmarlah, sŭbab kamu mŭnjadi orang yang mŭmpunyai bahgian dalam sŭngsara Almasih, supaya apabila kŭlak kamuliannya itu nyata, kamu pun bulihlah suka dŭngan sukachita yang amat sangat. Jikalau kiranya kamu dichŭlai deri kŭrna Almasih itu, slamatlah kamu; kŭrna Roh kamuliaan deripada Allah itu ada diatas kamu: maka sŭblah fihak marika itu Allah diumpatnya, tŭtapi sŭblah fihak kamu, Allah itu dimuliakannya. Maka janganlah ada barang sa’orang deripada kamu yang mŭrasai sŭngsara spŭrti sa’orang pŭmbunoh, atau sa’orang pŭnchuri, atau sa’orang bŭrbuat jahat, atau spŭrti sa’orang yang masok masok pŭkŭrjaan orang lain lain. Tŭtapi jikalau spŭrti orang Masihi, janganlah iya malu; mŭlainkan handaklah iya mŭmuliakan Allah sŭbab itu. Kŭrna kutika tŭlah hampirlah, iya itu hukum patut dimulai dirumah Allah; dan jikalau tŭrdahulu dimulainya pada kami, apakah kŭlak jadi kasudahannya pada sagala orang yang tiada mŭnurot Injil Allah? Maka jikalau kiranya orang yang bŭnar itu susah bŭrulih slamat, dimanakah kŭlak grangan orang fasik, dan orang bŭrdosa itu nanti timbol? Maka sŭbab itu biarlah kiranya orang yang mŭrasai sŭngsara itu dŭngan kahandak Allah, mŭnyŭrahkan jiwanya kapadanya dalam pŭkŭrjaan yang baik spŭrti kapada sa’orang Khalik yang sŭtiawan.
1 PETRUS 4:12-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah hairan bahawa kamu diuji dengan penderitaan yang berat, jangan anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bergembiralah bahawa kamu turut mengalami penderitaan Kristus. Dengan demikian, apabila kemuliaan-Nya ternyata, kamu juga dapat berasa sukacita yang tidak terhingga. Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu. Namun demikian, janganlah seorang pun antara kamu menderita kerana kesalahan membunuh, mencuri, berbuat jahat atau mencampuri hal orang. Tetapi jika sesiapa menderita sebagai seorang Kristian, janganlah berasa malu, malah muliakanlah Allah kerananya. Sudah tiba masanya penghakiman dimulai, dan pertama-tama dihakimi ialah umat Allah sendiri. Jika penghakiman itu dimulai dengan kita, bagaimanakah kesudahannya orang yang tidak mentaati Injil daripada Allah? Dan, “Jika orang benar pun sukar diselamatkan, apa jadinya orang yang ingkar dan yang berdosa?” Oleh itu, mereka yang menderita menurut kehendak Allah hendaklah berbuat baik sambil berserah kepada Allah, Pencipta yang setia.