Saudara-saudara yang kukasihi, janganlah hairan bahawa kamu diuji dengan penderitaan yang berat, jangan anggap perkara itu luar biasa. Sebaliknya, bergembiralah bahawa kamu turut mengalami penderitaan Kristus. Dengan demikian, apabila kemuliaan-Nya ternyata, kamu juga dapat berasa sukacita yang tidak terhingga. Sekiranya kamu dicela kerana menjadi pengikut dan mengambil nama Kristus, diberkatilah kamu kerana Roh yang mulia iaitu Roh Allah ada bersamamu. Namun demikian, janganlah seorang pun antara kamu menderita kerana kesalahan membunuh, mencuri, berbuat jahat atau mencampuri hal orang. Tetapi jika sesiapa menderita sebagai seorang Kristian, janganlah berasa malu, malah muliakanlah Allah kerananya. Sudah tiba masanya penghakiman dimulai, dan pertama-tama dihakimi ialah umat Allah sendiri. Jika penghakiman itu dimulai dengan kita, bagaimanakah kesudahannya orang yang tidak mentaati Injil daripada Allah? Dan, “Jika orang benar pun sukar diselamatkan, apa jadinya orang yang ingkar dan yang berdosa?” Oleh itu, mereka yang menderita menurut kehendak Allah hendaklah berbuat baik sambil berserah kepada Allah, Pencipta yang setia.
Baca 1 Petrus 4
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Petrus 4:12-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video