1 PETRUS 3:1-7
1 PETRUS 3:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikian juga kamu, isteri-isteri harus taat kepada suami, supaya jika ada antara suami kamu yang tidak percaya kepada firman Allah, kelakuan kamu akan menyebabkan mereka menjadi percaya. Kamu tidak perlu mengatakan apa-apa kepada mereka, kerana mereka boleh melihat kelakuan kamu yang murni dan penuh hormat. Janganlah kecantikan kamu bergantung kepada hiasan rambut, barang kemas, ataupun pakaian yang mahal-mahal. Sebaliknya, hendaklah kecantikan kamu terdiri daripada batin yang murni, budi pekerti yang lembut, dan tenang. Itulah kecantikan abadi yang sangat berharga di sisi Allah. Pada zaman dahulu, wanita salih yang mempercayakan diri kepada Allah mempercantik diri dengan ketaatan kepada suami mereka. Sara pun demikian juga; dia taat kepada Abraham dan menyebut dia tuannya. Kamu sekarang anak-anak Sara, jika kamu melakukan perkara yang baik dan tidak takut akan apa pun. Demikian juga kamu, suami-suami harus hidup dengan isteri kamu dengan penuh pengertian, dan sedar bahawa mereka itu kaum yang lebih lemah. Perlakukanlah mereka dengan hormat, kerana mereka bersama-sama kamu, akan menerima anugerah hidup sejati dan kekal daripada Allah. Berbuatlah demikian supaya tiada sesuatu pun menghalangi doa kamu.
1 PETRUS 3:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbagie lagi, istri istri, handaklah kamu talok kapada swamimu sŭndiri, supaya jikalau barang sa’orang swami yang tiada mŭnurot pŭrkataan itu, bulihlah dŭngan tiada pŭrkataan itu, dialahkan dŭngan klakuan istri istri itu; Tŭtkala dilihat marika itu klakuanmu yang pŭrsih sŭrta bŭrchampor dŭngan takot itu, Yang ampunya pŭrhiasan, janganlah jadi dŭngan barang pŭrkara yang lahir, dŭngan mŭnganyam rambut, dan mŭmakie mas, atau mŭngŭnakan pakican; Tŭtapi biarlah jadi orang yang batin dalam hati, dan dalam pŭrkara yang tiada binasa, iya itu roh yang lŭmah lŭmbut, dan pŭndiam, maka pada fihak Allah harganya bŭsar. Kŭrna dŭmkianlah juga, zaman dahulu pun sagala istri yang baik, dan yang tŭlah harap kapada Allah itu tŭlah mŭnghiasi dirinya, sŭbab mŭnalokkan dirinya kapada swami swaminya sŭndiri: Mŭskipun Sarah tŭlah mŭnurot pŭrkataan Ibrahim, disŭbotnya akan dia tuan: maka kamu pun anak chuchunya juga, slama kamu bŭrbuat baik, dŭngan tiada takot barang tŭrkŭjut lagi. Dan dŭmkianlah pula swami swami handaklah kamu tinggal bŭrsama sama dŭngan marika itu mŭnurot pŭngatahuan, sŭrta hormatilah akan istri itu, spŭrti kapada bŭjana yang lŭmbut, dan lagi slaku orang yang mŭngwarithi bŭrsama sama akan anugrah slamat itu; supaya jangan doa doamu itu tŭrtŭgah.
1 PETRUS 3:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikian juga kamu, isteri, berserahlah kepada suamimu. Dengan demikian, suami yang tidak percaya kepada firman Allah dapat ditarik untuk percaya tanpa sepatah kata, hanya dengan kelakuan isterinya ketika mereka melihat betapa murni dan salihnya hidupmu. Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja — mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah. Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di mata Allah. Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami, seperti Sarah yang taat kepada Abraham dan memanggilnya tuan. Kamu ialah anak-anak perempuan Sarah jika kamu berbuat baik dan tidak takut apa-apa. Suami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.