Demikian juga kamu, isteri, berserahlah kepada suamimu. Dengan demikian, suami yang tidak percaya kepada firman Allah dapat ditarik untuk percaya tanpa sepatah kata, hanya dengan kelakuan isterinya ketika mereka melihat betapa murni dan salihnya hidupmu. Janganlah hiasi dirimu di luar sahaja — mendandan rambut, memakai emas atau pakaian indah. Hiasilah batinmu, dengan keindahan yang tidak dapat dimusnahkan, iaitu bersikap lembut dan tenang, yang sangat berharga di mata Allah. Demikianlah hiasan perempuan zaman dahulu yang salih dan berharap pada Allah. Mereka berserah kepada suami, seperti Sarah yang taat kepada Abraham dan memanggilnya tuan. Kamu ialah anak-anak perempuan Sarah jika kamu berbuat baik dan tidak takut apa-apa. Suami, kamu juga hendaklah hidup bersama isterimu dengan sikap mengerti. Berilah penghormatan kepada isteri sebagai kaum yang lebih lemah dan sebagai rakan pewarismu yang sama-sama menerima kasih kurnia hidup. Dengan demikian doamu kepada Allah tidak akan terhalang.
Baca 1 Petrus 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Petrus 3:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video