1 PETRUS 1:6-13

1 PETRUS 1:6-13 Alkitab Berita Baik (BM)

Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan. Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan, dan penghormatan daripada Allah. Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata. Hal itu demikian kerana kamu menerima penyelamatan jiwa kamu, iaitu tujuan kepercayaan kamu kepada Kristus. Penyelamatan inilah yang dikaji dan diselidiki oleh para nabi, dan mereka bernubuat tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu. Roh Kristus ada pada diri para nabi, dan Roh itu bernubuat tentang penderitaan yang harus ditanggung oleh Kristus, dan tentang kemuliaan-Nya yang akan menyusul. Para nabi berusaha mengetahui masa dan bagaimana hal itu akan berlaku. Allah memberitahu nabi-nabi itu bahawa apa yang dilakukan mereka bukanlah untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan kamu. Perkara-perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu, sekarang telah kamu dengar daripada mereka yang menyampaikan Berita Baik itu. Mereka mengisytiharkannya kepada kamu dengan kuasa Roh Allah yang dikirim dari syurga. Bahkan malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu. Oleh itu, hendaklah kamu bersiap sedia. Berwaspadalah dan berharaplah dengan sepenuhnya akan berkat yang diberikan kepada kamu apabila Yesus Kristus datang kembali.

1 PETRUS 1:6-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka deri sŭbab itulah kamu tŭramat suka chita adanya, sungguhpun skarang ini dalam sŭdikit waktu, jikalau kiranya harus kamu ada dalam kŭbratan kŭrna bŭrbagie bagie pŭrchobaan. Supaya pŭrchobaan imanmu yang tŭrlebih indahnya deripada mas yang akan binasa itu, jikalau dinjinya itu dŭngan api skali pun, supaya didapati mŭndatangkan kapujian, dan hormat, dan mulia pada masa kanyataan Isa Almasih: Yang bŭlom pŭrna kŭlihatan, kamu kasih juga; maka kapadanya, mŭskipun skarang tiada kamu lihat akan dia, tŭtapi pŭrchaya juga, maka suka chitalah kamu dŭngan suka chita yang tiada dapat dikata katakan, sŭrta pŭnohlah dŭngan kamuliaan; Akan mŭnŭrima kasudahan iman kamu, iya itu slamat jiwamu. Adapun slamat itulah tŭlah ditanyai dan dipreksai ulih nabi nabi dŭngan rajinnya, yang tŭlah bŭrnabuat akan hal anugrah yang kŭlak akan datang kapadamu; Dipreksai pula ulih marika itu akan waktu yang manakah, dan pada jŭnis waktu yang manakah Roh Almasih itu yang ada dalam marika itu tŭlah mŭnyatakan, tŭtkala disaksikannya sagala pri sŭngsara Almasih, dan sagala kamulian tŭrdahulu deripada datangnya. Pada marika itu tŭlah dinyatakannya, bahwa bukannya bagie marika itu sŭndiri, mŭlainkan bagie kami pun marika itu tŭlah bŭrsabda akan sagala pŭrkara itu, yang skarang dimashorkan padamuulih orang yang tŭlah mŭngajarkan Injil itu kapada kamu dŭngan bŭrkat Roh Alkudos, yang tŭlah dituronkan deri shorga; iya itu pŭrkara pŭrkara yang dikahandaki ulih mŭliekat mŭliekat akan mŭngatahui dia. Maka sŭbab itulah ikatlah ulihmu pinggang ingatanmu, jagalah, sŭrta harap sampie kapada kasudahan, akan anugrah yang akan dibawakan kŭlak padamu pada masa kanyataan Isa Almasih