Oleh yang demikian bersukacitalah, meskipun sekarang untuk seketika mungkin kamu berdukacita kerana menghadapi pelbagai cubaan. Segalanya ini untuk menguji imanmu yang lebih berharga daripada emas, kerana emas tetap musnah walaupun telah diuji dengan api. Imanmu kelak ternyata tulen dan akan mendapat puji, penghormatan serta kemuliaan apabila Yesus Kristus datang kembali. Kamu mengasihi-Nya walaupun belum pernah melihat-Nya. Kamu percaya kepada-Nya tanpa melihat-Nya. Oleh itu, kamu merasai kebahagiaan yang tidak terkata dan penuh dengan kemuliaan kerana kamu akan mencapai matlamat imanmu, iaitu penyelamatan jiwamu. Nabi-nabi telah mengkaji penyelamatan ini dan bernubuat tentang kasih kurnia Allah kepadamu. Roh Kristus yang ada pada nabi-nabi bernubuat tentang penderitaan Kristus dan kemuliaan-Nya kelak. Mereka berusaha untuk mengetahui bila dan bagaimana perkara itu akan terjadi. Allah telah menyatakan kepada nabi-nabi bahawa segala yang dilakukan oleh mereka itu bukan untuk mereka tetapi untuk kita. Sekarang perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu telah kamu dengar melalui Injil yang diisytiharkan dengan kuasa Roh Kudus dari syurga. Para malaikat juga ingin mengerti perkara itu. Oleh yang demikian, bersedialah dengan akal budimu, berjaga-jaga dan sandarkanlah harapan kepada kasih kurnia yang akan kamu terima apabila Yesus Kristus menyatakan diri-Nya kelak.
Baca 1 Petrus 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Petrus 1:6-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video