1 RAJA-RAJA 21:18-20
1 RAJA-RAJA 21:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
“Pergilah kepada Raja Ahab di Samaria. Engkau akan menemuinya di ladang anggur Nabot. Dia berada di sana untuk mengambil alih ladang itu. Katakanlah kepadanya bahawa Aku, TUHAN berfirman kepadanya, ‘Setelah engkau membunuh pemiliknya, adakah engkau hendak mengambil alih hartanya pula?’ Beritahulah dia bahawa demikianlah firman-Ku, ‘Di tempat anjing-anjing menjilat darah Nabot, di situ juga darahmu akan dijilat anjing!’ ” Apabila Raja Ahab bertemu dengan Elia, baginda bertitah, “Hai musuh, akhirnya engkau berjaya mendapat beta!” “Benar,” jawab Elia. “Perbuatan tuanku jahat semata-mata di sisi TUHAN.
1 RAJA-RAJA 21:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Segeralah pergi dan temui Ahab, Raja Israel, yang tinggal di Samaria. Ketahuilah, dia sedang berada di kebun anggur Nabot. Dia pergi ke sana untuk mengambilnya menjadi miliknya. Katakanlah kepadanya, ‘Beginilah firman TUHAN: Bukankah engkau telah membunuh orang dan mengambil miliknya pula?’ Katakan juga kepadanya, ‘Beginilah firman TUHAN: Di tempat anjing menjilat darah Nabot, di situ jugalah anjing akan menjilat darahmu.’ ” Maka kata Ahab kepada Elia, “Engkau sudah tahu tembelang aku, wahai musuhku.” Jawabnya, “Benar, aku telah mengetahui tembelang engkau, kerana engkau telah menjual dirimu dengan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN.