“Segeralah pergi dan temui Ahab, Raja Israel, yang tinggal di Samaria. Ketahuilah, dia sedang berada di kebun anggur Nabot. Dia pergi ke sana untuk mengambilnya menjadi miliknya. Katakanlah kepadanya, ‘Beginilah firman TUHAN: Bukankah engkau telah membunuh orang dan mengambil miliknya pula?’ Katakan juga kepadanya, ‘Beginilah firman TUHAN: Di tempat anjing menjilat darah Nabot, di situ jugalah anjing akan menjilat darahmu.’ ” Maka kata Ahab kepada Elia, “Engkau sudah tahu tembelang aku, wahai musuhku.” Jawabnya, “Benar, aku telah mengetahui tembelang engkau, kerana engkau telah menjual dirimu dengan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN.
Baca 1 Raja-Raja 21
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Raja-Raja 21:18-20
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video