1 RAJA-RAJA 12:27-28
1 RAJA-RAJA 12:26-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Baginda berfikir, “Dalam keadaan sekarang ini, jika rakyat beta pergi ke Yerusalem untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN di Rumah TUHAN, kesetiaan mereka akan beralih kepada Raja Rehabeam di Yehuda, lalu mereka akan membunuh beta.” Setelah lama berfikir, Raja Yerobeam membuat dua patung lembu jantan daripada emas lalu bertitah kepada rakyatnya, “Telah cukup lama kamu beribadat di Yerusalem. Sekarang, hai Israel, inilah tuhan-tuhan kamu yang telah membawa kamu keluar dari Mesir!”
1 RAJA-RAJA 12:27-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jika rakyat pergi mempersembahkan korban sembelihan di Bait TUHAN di Yerusalem, tentu hati rakyat akan berbalik kepada tuan mereka, iaitu Rehabeam, raja Yehuda. Mereka akan membunuh aku dan kembali kepada Rehabeam, raja Yehuda.” Oleh sebab itu berundinglah raja, lalu dibuatnya dua ekor anak lembu daripada emas. Katanya kepada orang ramai, “Terlalu menyusahkan kamu untuk pergi ke Yerusalem. Inilah tuhan-tuhanmu, wahai Israel, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir.”