1 KORINTUS 7:12-13
1 KORINTUS 7:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Kepada yang lain aku berkata begini (ini nasihatku sendiri, bukan nasihat Tuhan): Jika seorang lelaki Kristian mempunyai isteri yang bukan Kristian, dan isterinya itu bersetuju hidup bersama-sama dia, orang itu tidak boleh menceraikan isterinya. Jika seorang wanita Kristian mempunyai suami yang bukan Kristian, dan suaminya bersetuju hidup bersama-sama dia, maka isteri itu tidak boleh menceraikan suaminya.
1 KORINTUS 7:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi kapada orang lain lain aku bŭrkata, bukannya Tuhan: Jikalau kiranya ada kapada barang saudara sa’orang istri yang tiada bŭriman, maka jika suka pŭrampuan itu dudok dŭngan dia, maka janganlah dibuangkannya dia. Maka pŭrampuan itu yang ada sa’orang bŭrlaki yang tiada bŭriman, maka jikalau iya suka dudok dŭngan pŭrampuan itu, maka janganlah kiranya dilŭpaskan ulih pŭrampuan itu akan dia.
1 KORINTUS 7:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada yang lain aku memberikan nasihat ini, iaitu nasihatku sendiri, bukan perintah Tuhan: Jika seorang lelaki beriman mempunyai isteri yang tidak beriman dan isteri itu bersetuju terus hidup bersamanya, maka lelaki itu tidak boleh menceraikan isterinya. Jika seorang wanita beriman mempunyai suami yang tidak beriman dan suami itu bersetuju untuk terus hidup bersamanya, maka wanita itu tidak boleh menceraikan suaminya.