1 KORINTUS 7:1-5
1 KORINTUS 7:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Sekarang aku akan membincangkan masalah yang kamu tulis kepadaku. Jika seorang lelaki tidak berkahwin, hal itu baik. Tetapi supaya tidak tergoda untuk melakukan perbuatan yang cabul, lebih baik setiap lelaki mempunyai isteri masing-masing dan setiap wanita mempunyai suami masing-masing. Seorang suami harus memenuhi kewajipannya sebagai suami kepada isterinya, dan seorang isteri harus memenuhi kewajipannya sebagai isteri kepada suaminya. Masing-masing harus memenuhi kewajipannya kepada yang lain. Seorang isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi suaminya yang berkuasa atas tubuhnya. Begitu juga seorang suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri, tetapi isterinya yang berkuasa atas tubuhnya. Janganlah saling jauhkan diri dalam hubungan sebagai suami isteri, kecuali kedua-dua belah pihak bersetuju, dan hanya untuk sementara waktu, supaya masing-masing dapat berdoa dengan tekun. Tetapi setelah itu kamu harus melanjutkan hubungan sebagai suami isteri. Dengan demikian Iblis tidak dapat menyebabkan kamu berdosa kerana kamu tidak dapat menahan nafsu.
1 KORINTUS 7:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN skarang deri hal pŭrkara pŭrkara yang kamu tŭlah bŭrkirim surat kapadaku itu, maka baiklah juga sa’orang laki laki itu tidak mŭnjamah pŭrampuan. Kŭndatilah, asal jangan bŭrzinah, biarlah kiranya masing masing laki itu mŭnaroh istrinya sŭndiri, dan biarlah masing masing pŭrampuan itu pun mŭnaroh lakinya sŭndiri. Maka handaklah laki itu bŭrlaku kapada istri itu dŭngan kasihan yang patut: dan dŭmkian lagi pula istri itupun kapada laki itu. Adapun istri itu tiadalah bŭrkwasa atas dirinya sŭndiri, mŭlainkan laki: dan dŭmkian lagi pula laki itu tiada bŭrkwasa atas dirinya sŭndiri, mŭlainkan istri. Maka janganlah kamu bŭrasing asing sa’orang dŭngan sa’orang, mŭlainkan kalau ada dŭngan kasukaan antara kadua pada barang kutika lamanya, supaya kamu dapat sŭnang akan puasa dan bŭrdoa; maka kumdian bŭrdampinglah pula, supaya jangan Shietan itu mŭnchobai kamu sŭbab tiada dapat kamu mŭnahani kainginanmu.
1 KORINTUS 7:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang aku akan membincangkan masalah yang kamu kemukakan dalam suratmu. Jika seorang lelaki tidak berkahwin, itu memang baik. Namun demikian, supaya tidak tergoda melakukan perbuatan yang cabul, lebih baiklah setiap lelaki itu beristeri dan setiap perempuan bersuami. Seorang suami harus menunaikan kewajipan kepada isterinya, begitu juga seorang isteri kepada suaminya. Seorang isteri tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri; suaminya berkuasa atas tubuhnya. Demikianlah juga, seorang suami tidak berkuasa atas tubuhnya sendiri; isterinya yang berkuasa atas tubuhnya. Jangan renggangkan hubungan sebagai suami isteri, kecuali sementara waktu dengan persetujuan bersama untuk bertumpu kepada ibadat doa. Tetapi setelah itu teruskan hubungan sebagai suami isteri, supaya Iblis tidak berjaya menggodamu kerana kamu tidak dapat menahan nafsu.