1 KORINTUS 15:19-28

1 KORINTUS 15:19-28 Alkitab Berita Baik (BM)

Jika harapan kita kepada Kristus terbatas kepada hidup kita di dunia ini sahaja, maka kitalah yang paling malang antara semua orang di dunia ini! Tetapi sebenarnya Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian. Itulah jaminan bahawa mereka yang sudah mati akan dibangkitkan juga. Hal itu demikian kerana sebagaimana kematian datang ke dunia melalui satu orang, begitu juga kebangkitan daripada kematian diberikan melalui satu orang. Sebagaimana semua orang mati kerana tergolong satu dengan Adam, begitu juga semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus. Masing-masing akan dihidupkan semula menurut gilirannya: mula-mula Kristus; kemudian mereka yang menjadi milik-Nya akan dihidupkan semula ketika Kristus datang lagi. Kemudian tibalah akhir zaman. Pada waktu itu Kristus akan menaklukkan semua pemerintah, penguasa dan pemimpin, lalu Kristus akan menyerahkan kekuasaan-Nya sebagai raja kepada Allah, Bapa kita. Kristus harus terus memerintah sehingga Allah menaklukkan semua musuh Kristus di bawah kekuasaan Kristus. Musuh yang terakhir yang akan ditaklukkan ialah kematian. Di dalam Alkitab tertulis, “Allah sudah menaklukkan segala sesuatu di bawah kekuasaan-Nya.” Jelaslah bahawa kata “segala sesuatu” itu tidak termasuk Allah sendiri, yang menaklukkan segala sesuatu di bawah kekuasaan Kristus. Tetapi setelah segala sesuatu ditaklukkan di bawah pemerintahan Kristus, maka Dia sendiri sebagai Anak Allah akan meletakkan diri-Nya di bawah kekuasaan Allah, yang menyerahkan segala-galanya kepada-Nya. Demikianlah pada akhirnya Allah sendiri akan memerintah semuanya.

1 KORINTUS 15:19-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka jikalau dalam hayat skarang ini sahja kami mŭnaroh harap akan Almasih, nŭschaya kamilah orang kŭna chilaka tŭrlebih deripada sagala manusia adanya. Tŭtapi skarang Almasih itu sudah bŭrbangkit deripada matinya, akan mŭnjadi buah buahan bungaran bagie sagala orang yang tŭlah mangkat bŭradu. Kŭrna sŭbab sa’orang manusialah maut itu tŭlah datang, dŭmkianlah pula ulih sŭbab sa’orang manusia juga, kŭbangkitan deripada mati itu tŭlah datang. Kŭrna ulih sŭbab Adam sagala manusia tŭlah mati, maka dŭmkian lagi ulih sŭbab Almasih skaliannya itu tŭlah dihidopkan pula. Tŭtapi masing masing dŭngan pŭratorannya sŭndiri; adapun Almasih buah bungaran itu, kumdian deripadanya kŭlak sagala orang yang mŭnjadi milik Almasih pada hari kŭdatangannya. Kumdian akan jadi kasudahannya, apabila disŭrahkannya krajaan pada Allah, iya itu Ayah; maka apabila sudah iya mŭmbinasakan sagala prentah, dan kabŭsaran, dan pŭngwasaan. Kŭrna ta’dapat tiada iyalah akan mŭmrentah sahingga ditarohkannya sagala sŭtrunya itu kabawah kakinya. Adapun sŭtru yang kasudahan itu kŭlak akan dibinasakan, iya itulah maut. Kŭrna Allah tŭlah mŭnarohkan sagala pŭrkara itu dibawah kakinya. Maka apabila dikatakannya, bahwa sagala pŭrkara itu tŭlah ditarohkannya dibawah kakinya, maka nyatalah, bahwa Allah dikŭchualikan yang sudah mŭna’lokkan sŭmua itu kabawah prentahnya. Maka apabila sagala pŭrkara sudah dita’lokkan kabawah prentahnya, maka tŭtkala itulah Anak laki laki itu pun sŭndiri akan ta’lok kŭbawah prentah Allah yang sudah mŭna’lokkan sagala pŭrkara itu kŭbawahnya, supaya Allah mŭliputi skaliannya.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami