Sekiranya dalam hidup ini sahaja kita mempunyai harapan dalam Kristus, kitalah yang paling malang antara manusia! Tetapi Kristus memang telah dibangkitkan daripada kematian. Dialah yang pertama daripada kalangan orang yang telah mati. Oleh sebab satu orang, kematian berlaku; dan oleh sebab satu orang juga, kebangkitan orang mati berlaku; kerana sebagaimana dalam Adam semua manusia mati, demikian juga dalam Kristus semua manusia akan dihidupkan semula; masing-masing mengikut aturannya: Pertama Kristus, kemudian mereka yang telah menjadi milik-Nya, pada saat kedatangan-Nya kelak. Selepas itu datanglah pengakhiran, ketika Dia menyerahkan kerajaan kepada Allah Bapa, ketika Dia melenyapkan semua pemerintahan, semua kewibawaan dan semua kekuasaan; kerana Dia harus memerintah sehingga semua musuh telah diletakkan-Nya di bawah kaki-Nya. Musuh terakhir yang akan dilenyapkan ialah Maut. Segala sesuatu telah ditaklukkan oleh Allah di bawah kaki Kristus. Apabila dikatakan bahawa “segala sesuatu telah ditaklukkan” jelaslah bahawa Allah, yang membuat segala sesuatu itu takluk kepada Kristus, tidak turut ditaklukkan. Oleh itu, setelah segala sesuatu ditaklukkan kepada Kristus, Dia sebagai Anak akan menaklukkan diri-Nya juga kepada Allah, maka Allah menjadi segala-galanya dalam semua perkara.
Baca 1 Korintus 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 Korintus 15:19-28
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video