1 KORINTUS 12:4-7
1 KORINTUS 12:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Ada berbagai-bagai kurnia daripada Roh Allah, tetapi semuanya diberikan oleh Roh yang sama. Begitu juga ada berbagai-bagai cara untuk mengabdikan diri kepada Tuhan, tetapi kita mengabdi kepada Tuhan yang sama. Ada berbagai-bagai cara untuk melakukan kerja bagi Tuhan, tetapi Allah yang sama memberikan kebolehan kepada setiap orang untuk melakukan kerja masing-masing. Bagi kebaikan kita semua, Allah memberikan bukti bahawa Roh-Nya ada pada setiap orang.
1 KORINTUS 12:4-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka skarang pun adalah bŭrjŭnis jŭnis anugrah, tŭtapi deripada suatu Roh juga. Dan adalah bŭrjŭnis jŭnis jawatan, tŭtapi satu Tuhan juga adanya. Dan adalah bŭrjŭnis jŭnis pŭkŭrjaan, tŭtapi Allah suatu juga yang mŭnjalankan sagala pŭrkara itu dalam sŭmŭsta skalian. Tŭtapi kŭnyataannya Roh itu dikurniakan kapada masing masing orang, supaya mŭndatangkan fiedah kapada skalian.
1 KORINTUS 12:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Terdapat berbagai-bagai kurnia, tetapi semuanya berpunca daripada satu Roh. Ada berbagai-bagai pelayanan, tetapi hanya satu Tuhan. Ada berbagai-bagai kerja, tetapi Allah yang esa mengerjakan semuanya. Tetapi Roh Kudus memberi seseorang kurnia tertentu untuk kebaikan semua.