1 KORINTUS 12:28
1 KORINTUS 12:28 Alkitab Berita Baik (BM)
Di kalangan jemaah, Allah sudah memberi semua orang kedudukan masing-masing. Pertama rasul-rasul, kedua nabi-nabi, dan ketiga guru-guru, kemudian mereka yang melakukan mukjizat, lalu mereka yang diberikan kurnia untuk menyembuhkan orang sakit, atau untuk menolong orang lain, atau untuk menjadi pemimpin, ataupun untuk bertutur dalam pelbagai bahasa yang ajaib.
1 KORINTUS 12:28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Arkian maka Allah sudah mŭngangkat bŭbrapa orang dalam sidang jŭmaah, pŭrtama tama rasol rasol, kaduanya nabi nabi, katiganya guru guru, kumdian deripada itu bŭbrapa ajaib, kumdian pula bŭbrapa kwasa mŭnyŭmbohkan, bŭbrapa pŭnulongan, bŭbrapa prentah, dan bŭrjŭnis jŭnis bahsa.
1 KORINTUS 12:28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah telah menentukan tempat masing-masing anggota jemaah: Pertama sebagai rasul-rasul, kedua nabi-nabi, ketiga guru-guru; seterusnya mereka yang diamanahkan untuk melakukan pelbagai mukjizat, mereka yang diberi kurnia untuk menyembuhkan, untuk memberi pertolongan, untuk memimpin dan untuk bertutur dalam aneka lidah.