1 KORINTUS 12:17-19
1 KORINTUS 12:17-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Bagaimanakah tubuh boleh mendengar, jika seandainya seluruh tubuh itu mata sahaja? Bagaimanakah tubuh boleh menghidu, jika seandainya seluruh tubuh itu telinga sahaja? Tetapi seperti yang kita ketahui, Allah meletakkan tiap-tiap anggota tubuh yang berlainan itu di tempat yang dikehendaki-Nya. Tidak mungkin ada tubuh, jika semuanya hanya satu anggota.
1 KORINTUS 12:17-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jikalau kiranya sŭgŭnap tuboh itu mŭnjadi mata, mana pula pŭnŭngar? Dan jikalau sŭgŭnap tuboh itu pŭnŭngar, mana pula pŭnchium? Tŭtapi skarang Allah tŭlah mŭlŭtakkan sagala anggota itu masing masing dalam tuboh spŭrti yang dikahandakinya. Maka jikalau kiranya sŭmua itu mŭnjadi suatu anggota, mana pula tuboh?
1 KORINTUS 12:17-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Andainya seluruh tubuh itu satu mata, di manakah pendengaran? Sekiranya seluruh tubuh itu pendengaran, di manakah pula penghiduan? Tetapi Allah telah meletakkan setiap anggota di tubuh menurut kehendak-Nya. Kalaulah semuanya hanya satu anggota, di manakah tubuh?