1 KORINTUS 1:18-25
1 KORINTUS 1:18-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Bagi orang yang menuju kebinasaan, berita tentang kematian Kristus pada kayu salib itu tidak bererti apa-apa. Tetapi bagi kita yang diselamatkan oleh Allah, berita itu menunjukkan kekuasaan Allah. Di dalam Alkitab tertulis, “Allah berfirman, ‘Kebijaksanaan orang bijak akan Aku musnahkan, dan pengertian orang berilmu akan Aku lenyapkan.’ ” Oleh itu, apakah gunanya orang bijak? Apakah gunanya ahli Taurat? Apakah gunanya orang berilmu? Allah sudah menunjukkan bahawa kebijaksanaan dunia ini kebodohan belaka! Kerana Allah bijaksana, Dia menentukan supaya manusia tidak dapat mengenal-Nya melalui kebijaksanaan mereka sendiri. Sebaliknya Allah menetapkan bahawa Dia menyelamatkan orang yang percaya kepada-Nya melalui perkhabaran kami yang dianggap suatu kebodohan. Orang Yahudi menuntut mukjizat sebagai bukti dan orang Yunani mementingkan kebijaksanaan. Tetapi kami mengisytiharkan Kristus yang disalibkan. Berita itu menyinggung perasaan orang Yahudi, dan dianggap suatu kebodohan oleh orang bukan Yahudi. Tetapi bagi mereka yang sudah dipanggil oleh Allah, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, berita itu Kristus, yang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Hal itu demikian kerana apa yang nampaknya seperti kebodohan Allah, sebenarnya lebih bijak daripada kebijaksanaan manusia; apa yang nampaknya seperti kelemahan Allah, sebenarnya lebih kuat daripada kekuatan manusia.
1 KORINTUS 1:18-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna pŭngajaran deri hal salib itu mŭnjadi bodohlah kapada orang yang binasa; tŭtapi kapada kita yang tŭrplihara ini, iya itu kwasa Allah adanya. Kŭrna tŭlah tŭrsurat, Aku handak mŭmbinasakan hikmat sagala pŭndita, dan aku handak mŭnidakkan pŭngatahuan orang yang chŭrdek. Maka manakah pŭndita itu? dan manakah khatib itu? dan manakah orang bantahan dunia ini? bahwa bukankah tŭlah dijadikan Allah akan hikmat dunia ini kabodohan adanya? Kŭrna kumdian deripada itu, maka dŭngan hikmat Allah itulah juga orang isi dunia ini tiada mŭngatahui Allah sŭbab hikmatnya itu, maka dipŭrkŭnankan Allah dŭngan kabodohan pŭngajaran itu akan mŭmbri slamat kapada orang yang pŭrchaya itu. Kŭrna orang Yahudi itu ada mŭnuntut akan suatu tandah, dan orang Grika pula ada mŭnuntut hikmat: Tŭtapi kita ini mŭmashorkan Almasih yang disalibkan itu, kapada orang orang Yahudi mŭnjadi batu tŭrantok, dan kapada orang orang Grika kabodohan adanya; Akan tŭtapi kapada sagala orang yang tŭrpileh itu, baik kapada orang Yahudi, dan baik kapada orang Grika, bahwa Almasih itu mŭnjadi kwasa Allah, dan hikmat Allah adanya. Sŭbab kabodohan Allah itu tŭrlebih bijaksananya deripada manusia; dan kalŭmahan Allah itu tŭrlebih kwasanya deripada manusia.
1 KORINTUS 1:18-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bagi mereka yang akan binasa, berita tentang salib dianggap suatu kebodohan. Namun demikian, bagi kita yang diselamatkan Allah, berita itu menunjukkan kekuasaan-Nya. Telah tersurat: “Allah berfirman, ‘Aku akan memusnahkan kebijaksanaan orang yang bijak. Dan kepandaian orang yang pandai Aku akan ketepikan.’ ” Jadi, di manakah orang yang bijak? Di manakah ahli Taurat? Di manakah orang berilmu zaman ini? Bukankah Allah telah menunjukkan bahawa kebijaksanaan dunia sebenarnya kebodohan semata-mata? Oleh sebab kebijaksanaan Allah, Dia telah menetapkan bahawa dunia tidak mungkin mengenal-Nya dengan kebijaksanaan sendiri. Allah berkenan menyelamatkan orang yang beriman kepada-Nya melalui berita yang kami khabarkan, yang dianggap sebagai kebodohan. Orang Yahudi menuntut tanda berbentuk mukjizat, manakala orang Yunani menuntut kebijaksanaan. Sebaliknya kami memberitakan Kristus yang disalib. Hal ini menjadi batu sandungan kepada orang Yahudi dan dipandang bodoh oleh bangsa-bangsa lain. Namun demikian, bagi mereka yang dipanggil Allah, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, Kristus kuasa Allah dan kebijaksanaan Allah. Kebodohan Allah lebih bijak daripada kebijaksanaan manusia. Kelemahan Allah lebih kuat daripada kekuatan manusia.