Aku berazam mengisytiharkan Berita Baik di tempat orang yang belum pernah mendengar tentang Kristus, supaya aku tidak membina kerja di atas asas yang diletakkan oleh orang lain. Di dalam Alkitab tertulis, “Mereka yang belum pernah menerima berita tentang Dia akan melihat, dan mereka yang belum pernah mendengar akan mengerti.” Itulah sebabnya banyak kali aku terhalang melawat kamu. Tetapi sekarang kerjaku di daerah-daerah ini sudah selesai. Sudah bertahun-tahun lamanya aku ingin berjumpa dengan kamu. Dalam perjalananku ke negeri Sepanyol, aku akan singgah di kota kamu. Selepas beberapa lama bergembira dengan kamu, aku berharap kamu dapat menolong aku meneruskan perjalanan ke Sepanyol.
Baca ROMA 15
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: ROMA 15:20-24
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video