Engkau meredakan deruan lautan dan gemuruh ombak; Engkau menenangkan kegemparan bangsa-bangsa. Semua penduduk bumi takut dan hormat, ketika melihat perbuatan-perbuatan-Mu yang hebat. Tindakan-Mu membawa sorakan riang di seluruh bumi dari hujung ke hujung. Engkau memelihara bumi dengan menurunkan hujan; Engkau menjadikan tanahnya baik dan subur. Engkau mengisi anak sungai dengan air; Engkau menumbuhkan tanaman di bumi. Begitulah perbuatan-Mu. Engkau menurunkan hujan lebat dan mengairi ladang yang dibajak; Engkau menggemburkan tanah dengan curahan hujan dan menjadikan tanaman tumbuh dengan subur. Betapa banyaknya hasil tanaman kerana kebaikan-Mu! Ke mana sahaja Engkau pergi, makanan berlimpah selalu. Padang rumput penuh dengan ternakan; bukit-bukit penuh dengan kegembiraan.
Baca MAZMUR 65
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 65:8-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video