Mazmur puak Korah. TUHAN sungguh agung dan terpuji di kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci. Sion, bukit Allah, tinggi dan indah; kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia! Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan, kerana Allah berada di sana. Raja-raja berkumpul dan datang hendak menyerang Bukit Sion. Apabila mereka melihat bukit itu, mereka terperanjat; mereka takut dan lari kebingungan. Mereka gementar ketakutan, mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin, mereka seperti kapal yang dilanda angin ribut. Apa yang sudah kita dengar, kini sudah kita lihat, di kota Allah kita, TUHAN Yang Maha Kuasa. Kota itu kota Allah kita; Dia membela kota itu selama-lamanya. Ya Allah, di dalam Rumah-Mu, kami merenungkan kasih-Mu. Nama-Mu termasyhur dan dipuji di seluruh dunia, Engkau memerintah dengan adil. Biarlah penduduk Sion dan Yehuda bergembira, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil. Hai umat Allah, kelilingilah Sion dan hitunglah menara di situ, perhatikanlah tembok dan periksalah kubu kota itu, supaya kamu dapat memberitahu keturunan yang akan datang
Baca MAZMUR 48
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 48:1-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video