MAZMUR 48:1-14
MAZMUR 48:1-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur puak Korah. TUHAN sungguh agung dan terpuji di kota Allah kita, di atas bukit-Nya yang suci. Sion, bukit Allah, tinggi dan indah; kota Raja yang agung menggirangkan seluruh dunia! Di dalam kota-Nya yang berkubu ada keselamatan, kerana Allah berada di sana. Raja-raja berkumpul dan datang hendak menyerang Bukit Sion. Apabila mereka melihat bukit itu, mereka terperanjat; mereka takut dan lari kebingungan. Mereka gementar ketakutan, mereka kesakitan seperti wanita yang hampir bersalin, mereka seperti kapal yang dilanda angin ribut. Apa yang sudah kita dengar, kini sudah kita lihat, di kota Allah kita, TUHAN Yang Maha Kuasa. Kota itu kota Allah kita; Dia membela kota itu selama-lamanya. Ya Allah, di dalam Rumah-Mu, kami merenungkan kasih-Mu. Nama-Mu termasyhur dan dipuji di seluruh dunia, Engkau memerintah dengan adil. Biarlah penduduk Sion dan Yehuda bergembira, kerana Engkau menghakimi orang dengan adil. Hai umat Allah, kelilingilah Sion dan hitunglah menara di situ, perhatikanlah tembok dan periksalah kubu kota itu, supaya kamu dapat memberitahu keturunan yang akan datang
MAZMUR 48:1-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya, di kota Allah kita, di bukit suci-Nya. Indah dalam ketinggiannya, kegembiraan seluruh bumi. Bukit Sion di bahagian utara Zafon, kota Raja yang Agung. Allah berada di istana kota ini; Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung. Lihatlah, raja-raja telah berhimpun, mereka lalu bersama-sama, mereka melihatnya lalu berasa takjub; mereka cemas dan segera pergi. Mereka dicengkam ketakutan di situ, dan kesakitan seperti perempuan hendak bersalin. Seperti waktu Engkau memecahkan kapal-kapal Tarsis dengan angin ribut dari timur. Sebagaimana yang kami dengar, begitulah yang kami lihat di kota TUHAN Yang Maha Kuasa, di kota Allah kita: Allah akan memeliharanya untuk selama-lamanya. Sela Kami telah memikirkan, ya Allah, kasih setia-Mu, di dalam rumah suci-Mu. Menurut nama-Mu, ya Allah, demikianlah Engkau dipuji di serata bumi; tangan kanan-Mu penuh keadilan. Bergembiralah wahai Bukit Sion, bersukacitalah anak-anak perempuan Yehuda kerana penghakiman-Mu yang adil. Berjalanlah serata Sion, bersiar kelilingnya, hitung menara-menaranya, perhatikan kubu-kubunya, tatap istana-istananya, untuk diceritakan kepada anak cucu kelak. Kerana demikianlah Allah, Allah kita untuk selama-lamanya; Dia akan memimpin kita hingga ke akhir hayat.