Hai orang salih, bersoraklah dengan gembira kerana segala yang dilakukan TUHAN; pujilah Dia, hai semua orang yang taat kepada-Nya! Bersyukurlah kepada TUHAN dengan kecapi, bernyanyilah dengan iringan alat muzik bertali. Nyanyikanlah lagu yang baru untuk TUHAN, mainkanlah kecapi dengan mahir, dan nyanyilah dengan suara yang kuat! Firman TUHAN itu benar, dan segala perbuatan-Nya boleh dipercayai. TUHAN mengasihi kejujuran dan keadilan; seluruh bumi penuh dengan kasih-Nya. TUHAN mencipta langit dengan perintah-Nya, matahari, bulan, dan bintang dijadikan oleh firman-Nya. Dia mengumpulkan laut di suatu tempat; Dia menahan lautan di dalam bendungan. Takutlah akan TUHAN, hai seluruh bumi! Hormatilah Dia, hai semua penduduk dunia! Apabila Dia berfirman, dunia tercipta; oleh firman-Nya, segala-galanya dijadikan. TUHAN menggagalkan rancangan bangsa-bangsa; Dia meniadakan niat mereka.
Baca MAZMUR 33
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 33:1-10
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video