MAZMUR 2

2
Raja Pilihan Allah
1Mengapakah bangsa-bangsa membuat huru-hara
dan rakyat merancangkan yang sia-sia?
2 Raja-raja dunia memberontak,
para pemerintah berkomplot
menentang TUHAN dan raja pilihan-Nya.
3Mereka berkata,
“Marilah kita bebaskan diri daripada kekuasaan mereka,
marilah kita gulingkan pemerintahan mereka.”
4Dari takhta-Nya di syurga TUHAN tertawa
dan mencemuh rancangan mereka.
5Dia menegur mereka dengan marah,
dan menakutkan mereka dengan kemurkaan-Nya.
6Dia berfirman, “Di Sion, bukit-Ku yang suci,
Aku telah menabalkan raja-Ku.”
7 Raja bertitah, “Aku akan mengumumkan
apa yang dinyatakan oleh TUHAN.
Dia berfirman kepadaku, ‘Engkaulah anak-Ku;
pada hari ini Aku menjadi Bapamu.
8Mintalah, maka semua bangsa akan Kuberi kepadamu,
dan seluruh bumi akan Kujadikan milikmu.
9 Engkau akan menghancurkan mereka dengan pemerintahan tangan besi;
engkau akan menghancurkan mereka seperti periuk tanah.’ ”
10Bertindaklah dengan bijak, hai raja-raja;
dengarlah amaran ini, hai pemerintah dunia!
11Berbaktilah kepada TUHAN dengan hormat;
12bersujudlah di hadapan-Nya dengan gementar;
jangan sampai TUHAN murka lalu kamu dibinasakan dengan tiba-tiba
kerana cepat sekali kemurkaan-Nya menyala.
Berbahagialah semua orang yang berlindung kepada-Nya!

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 2: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk