Dengan sepenuh hati, aku berseru kepada-Mu; kabulkanlah doaku, ya TUHAN; aku akan taat kepada perintah-Mu. Aku berseru kepada-Mu; selamatkanlah aku; aku mahu mematuhi hukum-Mu. Sebelum fajar aku berseru kepada-Mu minta tolong, aku berharap kepada janji-Mu. Sepanjang malam aku tidak tidur, kerana merenungkan peraturan-Mu. Demi kasih-Mu yang kekal, ya TUHAN, dengarlah aku; kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku. Penganiayaku yang kejam sudah dekat; mereka tidak pernah mematuhi Taurat-Mu. Tetapi Engkau dekat kepadaku, ya TUHAN, dan segala perintah-Mu itu benar. Sejak dahulu aku tahu akan peraturan-Mu, yang Engkau kekalkan selama-lamanya. Lihatlah penderitaanku dan selamatkanlah aku, kerana aku tidak mengabaikan Taurat-Mu. Belalah perkaraku dan bebaskanlah aku; selamatkanlah aku menurut janji-Mu. Orang jahat tidak akan diselamatkan, kerana mereka tidak mematuhi hukum-Mu. Sungguh besar belas kasihan-Mu, ya TUHAN; kasihanilah aku dan peliharakanlah nyawaku. Banyak orang memusuhi dan menindas aku, tetapi aku tidak pernah mengabaikan hukum-Mu.
Baca MAZMUR 119
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 119:145-157
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video