Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku. Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku? TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan manusia. Lebih baik berlindung kepada TUHAN, daripada mengharapkan pemimpin. Banyak musuh mengelilingi aku, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN. Mereka mengepung aku dari segala arah, tetapi aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN. Mereka menyerbu aku seperti lebah, tetapi mereka terbakar secepat belukar; aku membinasakan mereka dengan kuasa TUHAN. Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan, tetapi TUHAN menolong aku. TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa; Dia telah menyelamatkan aku.
Baca MAZMUR 118
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 118:5-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video