Bodohlah orang yang berjanji menanggung hutang orang lain; miliknya harus diambil sebagai jaminan janjinya. Salam yang diteriakkan pada pagi-pagi sekali sama dengan kutukan. Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti pada waktu hujan. Dia tidak dapat disuruh diam, sama seperti angin tidak dapat ditahan, dan minyak tidak dapat digenggam. Sebagaimana besi mengasah besi, demikianlah manusia belajar daripada satu sama lain. Orang yang memelihara pokok ara akan makan buahnya; orang yang melayani tuannya akan dihormati. Seperti air mencerminkan wajah, demikian juga hati orang mencerminkan orang yang sebenarnya. Di dunia orang mati, selalu ada tempat; begitu juga nafsu manusia tidak ada batasnya. Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian. Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap. Peliharalah ternakan kamu baik-baik, kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya. Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh. Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing. Kambing yang selebihnya akan menghasilkan susu bagi kamu, keluarga kamu, dan pelayan perempuan.
Baca AMSAL 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 27:13-27
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video