Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Biarlah orang lain memuji kamu - bahkan orang asing pun. Jangan puji diri sendiri. Batu dan pasir masih ringan jika dibandingkan dengan kesusahan yang disebabkan oleh kebodohan. Kemarahan itu kejam serta menghancurkan, tetapi tiada sesiapa dapat menghadapi kecemburuan. Lebih baik teguran yang terus terang daripada kasih yang tidak diungkapkan. Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi berwaspadalah apabila seorang musuh mencium kamu. Kalau kenyang, madu pun ditolak; kalau lapar, yang pahit pun terasa enak. Orang yang jauh dari rumah bagaikan burung yang tidak bersarang. Minyak wangi menggembirakan hati, tetapi kesusahan merunsingkan hati.
Baca AMSAL 27
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 27:1-9
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video