Minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk. Takut akan raja yang murka seperti takut akan singa yang mengaum. Orang yang membangkitkan kemurkaan raja hanya membinasakan diri sendiri. Hanya orang bodoh suka bertengkar; sikap yang terpuji adalah menjauhi pertengkaran. Petani yang malas mengerjakan tanah pada musimnya tidak akan mendapat hasil pada musim menuai. Fikiran manusia bagaikan air di perigi yang dalam, tetapi orang yang berpengertian dapat menimbanya. Banyak orang mengaku diri mereka taat setia, tetapi yang betul-betul setia, sukar ditemukan. Berbahagialah anak-anak yang mempunyai bapa yang jujur dan adil. Apabila raja mengadili orang, raja dapat melihat apa yang jahat. Dapatkah orang berkata dengan sungguh-sungguh bahawa hati nurani mereka bersih, dan dosa mereka sudah dihapuskan? TUHAN membenci orang yang menipu dengan timbangan dan ukuran yang tidak tepat. Perbuatan seorang anak dapat menunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat. TUHAN sudah memberi kita mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Orang yang suka tidur akan jatuh miskin. Orang yang rajin bekerja mendapat banyak makanan. Pembeli sentiasa bersungut bahawa harga barang mahal, tetapi setelah membeli barang itu mereka bercakap besar tentang harga murah yang dibayar mereka. Kata-kata bijak lebih berharga daripada emas atau batu permata.
Baca AMSAL 20
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AMSAL 20:1-15
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video