AMSAL 16

16
1Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang memberikan keputusan.
2Setiap perbuatan orang mungkin baik pada pandangannya sendiri, tetapi TUHAN yang menilai maksud hatinya.
3Serahkanlah segala usahamu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan berjaya.
4Segala yang dibuat TUHAN ada tujuannya, dan tujuan bagi orang jahat adalah kebinasaan.
5TUHAN membenci orang sombong; Dia tidak membiarkan mereka terlepas daripada hukuman.
6Orang yang taat setia kepada Allah akan mendapat pengampunan. Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN akan terhindar daripada kejahatan.
7Apabila kamu menyenangkan hati TUHAN, musuh-musuh dapat kamu jadikan kawan.
8Lebih baik berpendapatan kecil asalkan halal, daripada berpendapatan besar tetapi haram.
9Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia.
10Raja bertitah dengan kuasa Allah; keputusan raja sentiasa betul.
11TUHAN menghendaki timbangan dan ukuran yang tepat; jangan berlaku curang ketika berniaga.
12Raja tidak boleh membiarkan kejahatan, kerana keadilan mengukuhkan kerajaan.
13Raja suka mendengar apa yang benar; raja berkenan kepada orang yang bercakap jujur.
14Jika raja murka, mungkin ada orang yang akan dibunuh; orang yang bijak berusaha untuk meredakan kemurkaan raja.
15Anugerah raja bagaikan awan yang menurunkan hujan pada musim bunga; anugerahnya memberikan hidup sejahtera.
16Jauh lebih baik mendapat hikmat dan pengetahuan daripada mendapat emas dan perak.
17Orang baik menjauhi jalan kejahatan; orang yang menjaga cara hidupnya, melindungi dirinya.
18Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan.
19Lebih baik rendah hati dan miskin, daripada mengikut orang sombong dan menerima bahagian barang rampasan mereka.
20Orang yang memperhatikan ajaran akan berjaya; orang yang percaya kepada TUHAN akan berbahagia.
21Orang yang bijak terpuji kerana pengertiannya. Semakin halus perkataannya, semakin dapat menyakinkan orang.
22Bagi orang yang bijak, hikmat bagaikan sumber hidup bahagia. Tetapi orang yang bodoh diseksa oleh kebodohannya sendiri.
23Orang yang bijak berfikir dahulu sebelum bercakap; oleh itu kata-katanya meyakinkan.
24Kata-kata yang lembut bagaikan madu - manis rasanya serta menyihatkan badan.
25 Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut.
26Keinginan untuk makan mendorong seseorang berusaha lebih giat, kerana dia ingin memuaskan seleranya.
27Orang jahat sentiasa berusaha untuk mencelakakan orang lain; kata-kata mereka jahat seperti api yang membakar.
28Orang jahat mengumpat; mereka menimbulkan pertengkaran dan menceraikan sahabat akrab.
29Orang ganas menipu kawan mereka dan membawa mereka ke dalam bahaya.
30Berhati-hatilah terhadap mereka yang tersenyum dan mengenyitkan mata kepada kamu; mereka mempunyai niat jahat.
31Orang yang jujur akan dianugerahkan umur panjang; ubannya bagaikan mahkota yang mulia.
32Lebih baik orang bersabar daripada berkuasa. Lebih baik orang tahu menahan diri daripada menguasai seluruh kota.
33Manusia membuang undi untuk mengetahui kehendak Allah, tetapi Allah sendiri yang menentukan jawapannya.

Terpilih Sekarang Ini:

AMSAL 16: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk