FILIPI 2:5-13

Imej Ayat untuk FILIPI 2:5-13

FILIPI 2:5-13 - Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:
Sebenarnya Dia ilahi,
tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.
Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya,
lalu menjadi seperti seorang hamba.
Dia datang sebagai manusia,
dan hidup seperti manusia.
Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati -
iaitu mati di atas salib.
Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,
dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga,
dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.
Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan;
dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.

Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.FILIPI 2:5-13 - Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:
Sebenarnya Dia ilahi,
tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.
Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya,
lalu menjadi seperti seorang hamba.
Dia datang sebagai manusia,
dan hidup seperti manusia.
Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati -
iaitu mati di atas salib.
Itulah sebabnya Allah meninggikan Dia setinggi-tingginya,
dan mengurniai Dia kedudukan yang lebih tinggi daripada semua kedudukan yang lain.
Oleh itu, untuk menghormati Yesus, semua makhluk di syurga,
dan di bumi, dan di bawah bumi akan sujud menyembah Dia.
Mereka semua akan mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan;
dengan demikian Allah Bapa dimuliakan.

Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.