MATIUS 6
6
Ajaran tentang Sedekah
1 #
Mat 23.5
“Ingatlah, janganlah kamu lakukan kewajipan agama di hadapan umum supaya dilihat orang. Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan menerima pahala daripada Bapa kamu yang di syurga.
2Oleh itu, apabila kamu memberikan sedekah kepada orang miskin, jangan heboh-hebohkan perbuatan itu seperti yang dilakukan oleh orang munafik di dalam rumah ibadat dan di jalan raya. Mereka melakukan perkara itu supaya dipuji orang. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran mereka. 3Tetapi apabila kamu memberikan sedekah kepada orang miskin, lakukanlah hal itu secara diam-diam, supaya sahabat karib kamu sekalipun tidak mengetahuinya. 4Biarlah hal itu tidak diketahui oleh sesiapa pun. Bapa kamu yang melihat perbuatan yang tersembunyi itu akan memberikan pahala kepada kamu.”
Ajaran tentang Doa
(Luk 11.2-4)
5 #
Luk 18.10-14
“Apabila kamu berdoa, jangan seperti orang munafik. Mereka suka berdoa sambil berdiri di rumah ibadat dan di simpang jalan supaya dilihat orang. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran mereka. 6Tetapi apabila kamu berdoa, masuklah ke bilik dan tutuplah pintu, lalu berdoalah kepada Bapa kamu yang tidak kelihatan itu. Bapa kamu yang mengetahui apa yang kamu lakukan secara tersembunyi itu, akan memberikan pahala kepada kamu.
7Apabila kamu berdoa, jangan gunakan banyak kata yang tidak bererti seperti yang dilakukan orang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangka bahawa Allah akan mendengarkan permintaan mereka kerana doa mereka panjang. 8Jangan berbuat seperti mereka. Bapa kamu mengetahui apa yang kamu perlukan, sebelum kamu memintanya. 9Sepatutnya kamu berdoa begini,
‘Ya Bapa kami yang di syurga,
Engkaulah Allah yang Esa,
semoga Engkau disembah dan dihormati.
10Engkaulah Raja kami.
Semoga Engkau memerintah di bumi,
dan seperti di syurga, kehendak-Mu ditaati.
11Berilah kami makanan yang kami perlukan pada hari ini.#kami perlukan pada hari ini; atau kami perlukan untuk esok hari.
12Ampunkanlah kesalahan kami,
seperti kami mengampuni orang yang bersalah terhadap kami.
13Janganlah biarkan kami kehilangan iman ketika dicubai,
tetapi selamatkanlah kami daripada kuasa Si Jahat.#Si Jahat atau Iblis.
[Engkaulah Raja yang berkuasa dan mulia untuk selama-lamanya. Amin.]’#Beberapa buah naskhah kuno menambahkan ayat di dalam tanda kurung siku.
14Jika kamu mengampuni orang yang bersalah terhadap kamu, Bapa kamu yang di syurga pun akan mengampunkan kesalahan kamu. 15#Mrk 11.25-26 Tetapi jika kamu tidak mengampunkan kesalahan orang lain, Bapa kamu yang di syurga tidak akan mengampunkan kesalahan kamu juga.”
Ajaran tentang Puasa
16“Apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik. Mereka kelihatan menderita, sehingga semua orang tahu bahawa mereka berpuasa. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran. 17Apabila kamu berpuasa, basuhlah muka dan sikatlah rambut, 18supaya orang tidak tahu bahawa kamu berpuasa. Biarlah hanya Bapamu yang tidak kelihatan itu yang tahu. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan kamu akan menerima pahala daripada Dia.”
Harta di Syurga
(Luk 12.33-34)
19 #
Yak 5.2-3
“Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. 20Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya. 21Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!”
Cahaya bagi Tubuh
(Luk 11.34-36)
22“Mata bagaikan pelita bagi tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. 23Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu menjadi gelap gelita. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, alangkah pekatnya kegelapan itu!”
Allah atau Kekayaan
(Luk 12.22-31, 16.13)
24“Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan menghina yang lain. Demikianlah kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.
25Oleh itu, jangan khuatir akan hidup kamu - apa yang akan kamu makan dan minum, atau apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih bernilai daripada pakaian? 26Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya! Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung? 27Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit#memanjangkan umur walaupun sedikit atau bertambah tinggi walaupun sedikit. dengan mengkhuatiri hidupnya?
28Mengapa kamu khuatir tidak mempunyai cukup pakaian? Lihatlah bunga-bunga di padang, yang tidak bekerja atau menenun. 29#1 Raj 10.4-7; 2 Taw 9.3-6 Tetapi Raja Salomo dengan segala kekayaannya pun tidak berpakaian seindah bunga-bunga itu! 30Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang ada hari ini lalu esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberi kamu pakaian? Tetapi kamu kurang percaya kepada Allah! 31Jangan khuatir tentang apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum, atau apa yang akan kamu pakai. 32Semua perkara itu sentiasa dikhuatiri orang yang tidak mengenal Allah. Bapa kamu yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu. 33Sebaliknya utamakanlah Pemerintahan Allah dan lakukanlah kehendak-Nya,#dan lakukanlah kehendak-Nya; Harfiah: dan kebenarannya. lalu Allah akan memberikan semua itu kepada kamu. 34Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi.”
Terpilih Sekarang Ini:
MATIUS 6: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.