Beberapa orang Farisi dan orang Saduki datang kepada Yesus. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. Yesus menjawab, [“Apabila matahari terbenam, kamu berkata, ‘Cuaca baik, kerana langit merah.’ Pada pagi hari, kamu berkata, ‘Hari akan hujan, kerana langit merah dan gelap.’ Kamu dapat meramalkan cuaca dengan melihat keadaan langit, tetapi kamu tidak dapat memahami hal-hal yang berlaku pada masa ini!] Alangkah jahat dan derhakanya orang zaman ini! Kamu meminta Aku melakukan mukjizat, tetapi satu-satunya mukjizat yang akan ditunjukkan kepada kamu hanyalah mukjizat Nabi Yunus.” Setelah berkata demikian, Yesus meninggalkan mereka lalu pergi dari situ. Apabila pengikut-pengikut Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti. Yesus berkata kepada mereka, “Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki.” Mereka mula bercakap sesama sendiri, “Dia berkata demikian kerana kita tidak membawa roti.” Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Dia berkata, “Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Kamu kurang percaya kepada-Ku! Adakah kamu masih belum mengerti? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima ketul roti untuk lima ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Bagaimanakah dengan tujuh ketul roti yang Aku bahagikan untuk empat ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? Mengapakah kamu tidak faham bahawa Aku tidak berkata-kata tentang roti? Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki!” Barulah pengikut-pengikut Yesus faham bahawa Yesus tidak menyuruh mereka berhati-hati dengan ragi yang digunakan untuk membuat roti, tetapi dengan ajaran orang Farisi dan Saduki.
Baca MATIUS 16
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MATIUS 16:1-12
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video