Apabila kamu mempersembahkan binatang yang buta, yang sakit, atau yang tempang sebagai korban untuk Aku, bukankah hal itu perbuatan yang salah? Cubalah berikan binatang seperti itu kepada gabenor! Adakah dia akan suka kepada kamu, dan memperlakukan kamu dengan baik?” Sekarang, hai para imam, cubalah mohon agar Allah mengasihani kita. Dia tidak akan menjawab doa kamu, dan hal itu salah kamu sendiri. TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Lebih baik seorang antara kamu menutup pintu Rumah-Ku, kerana sia-sia saja kamu menyalakan api di atas mazbah-Ku. Aku tidak berkenan kepada kamu dan tidak mahu menerima persembahan kamu. Aku dihormati oleh bangsa-bangsa di seluruh dunia. Mereka membakar kemenyan di merata tempat untuk menghormati Aku, dan mereka mempersembahkan korban yang layak dipersembahkan. Mereka semua menghormati Aku! Tetapi kamu menghina Aku kerana berkata bahawa mazbah-Ku tidak berguna, dan kamu mempersembahkan makanan yang tidak kamu sukai di atas mazbah itu. Kamu berkata, ‘Kami sudah bosan dengan semua ini’, dan kamu menghina Aku. Kamu membawa binatang yang dicuri, yang tempang, atau yang sakit untuk dipersembahkan kepada-Ku. Adakah kamu menyangka bahawa Aku akan menerima persembahan itu? Terkutuklah si penipu yang mempersembahkan binatang yang tidak berguna kepada-Ku, sedangkan dia mempunyai binatang yang baik antara ternakannya yang sudah dijanjikannya kepada-Ku; Akulah Raja yang besar, TUHAN Yang Maha Kuasa, dan semua bangsa menghormati Aku.”
Baca MALEAKHI 1
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MALEAKHI 1:8-14
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video