LUKAS 1:46-56

LUKAS 1:46-56 BM

Maria berkata, “Hatiku menyanjung Tuhan; jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku, Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina! Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia, kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku. Sucilah nama-Nya. Dia merahmati orang yang menghormati-Nya, keturunan demi keturunan. Dengan tangan-Nya yang berkuasa Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong, dan mengacaukan rancangan mereka. Dia menurunkan raja dari takhta lalu meninggikan orang hina. Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik, tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan. Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita; Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya. Dia tidak lupa merahmati Abraham dan keturunannya selama-lamanya!” Maria tinggal dengan Elisabet kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.

Imej Ayat untuk LUKAS 1:46-56

LUKAS 1:46-56 - Maria berkata,
“Hatiku menyanjung Tuhan;
jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,
Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina!
Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,
kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku.
Sucilah nama-Nya.
Dia merahmati orang yang menghormati-Nya,
keturunan demi keturunan.
Dengan tangan-Nya yang berkuasa
Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong,
dan mengacaukan rancangan mereka.
Dia menurunkan raja dari takhta
lalu meninggikan orang hina.
Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik,
tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.
Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita;
Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya.
Dia tidak lupa merahmati Abraham
dan keturunannya selama-lamanya!”
Maria tinggal dengan Elisabet kira-kira tiga bulan lamanya, lalu pulang ke rumah.