Orang tua di Yerusalem duduk membisu di atas tanah, menaruh debu di kepala dan memakai kain guni. Gadis-gadis menundukkan kepala sampai ke tanah. Mataku bengkak kerana menangis tanpa berhenti; jiwaku merana tidak terperi. Hatiku hancur melihat kebinasaan bangsaku, melihat kanak-kanak dan bayi pengsan di jalan kota. Mereka berseru kepada ibu mereka kerana lapar dan dahaga; mereka jatuh di tengah jalan seolah-olah cedera, lalu meninggal di pangkuan ibu mereka. Hai Yerusalem, kota Sion yang tercinta, apakah yang dapat kukatakan? Aku tidak dapat menghibur engkau. Belum pernah sesiapa pun menderita seperti engkau. Bencana sebesar samudera telah menimpamu; tiada lagi harapan bagi engkau.
Baca RATAPAN 2
Kongsi
Hai Yerusalem, biarlah tembokmu berseru kepada Tuhan! Biarlah air matamu bercucuran seperti sungai yang mengalir siang dan malam. Teruslah menangis dan berdukalah sehingga habis tenagamu. Bangunlah berkali-kali sepanjang malam, dan berserulah kepada Tuhan; curahkanlah isi hatimu dan mohonlah belas kasihan untuk anak-anakmu, anak-anak yang sedang kelaparan di tiap-tiap simpang jalan.
Bandingkan Semua Versi: RATAPAN 2:10-13, 18-19
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video