Pernahkah engkau pergi ke tempat matahari terbit, ataupun ke tempat asal angin timur? Siapakah yang menggali terusan bagi hujan lebat, dan menyediakan jalan untuk guruh dan kilat? Siapakah yang menurunkan hujan ke tempat yang tidak didiami orang? Siapakah yang membasahi tanah yang kering dan tandus, sehingga rumput di sana bertunas? Adakah hujan mempunyai bapa kandung? Siapakah yang melahirkan embun? Adakah air batu mempunyai ibu? Siapakah yang melahirkan embun beku? Siapakah yang mengubah air menjadi batu dan menjadikan permukaan laut beku? Dapatkah engkau memberkas gugusan Bintang Kartika, ataupun melepaskan ikatan Bintang Orion? Dapatkah engkau membimbing bintang-bintang pada setiap musim, dan menuntun Biduk Besar dan Biduk Kecil? Tahukah engkau hukum-hukum di cakerawala, dan dapatkah engkau menerapkannya di dunia? Dapatkah engkau meneriakkan perintah kepada awan, dan menyuruhnya membasahi engkau dengan hujan? Jika engkau memerintah kilat supaya sabung-menyabung, adakah kilat datang kepadamu dan berkata, “Saya, tuan!”? Siapakah yang memberitahu burung ibis bahawa Sungai Nil akan banjir? Siapakah yang memberitahu ayam jantan bahawa hujan akan turun? Siapakah yang cukup bijak untuk mengira awan, dan mencondongkannya sehingga mencurahkan hujan, hujan yang mengeraskan debu menjadi gumpalan, dan tanah menjadi ketulan?
Baca AYUB 38
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: AYUB 38:24-38
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video