AYUB 28

28
Pujian bagi Hikmat
1Ada lombong-lombong tempat perak ditemukan,
ada tempat-tempat emas dibersihkan.
2Besi digali dari dalam tanah,
dan batu dileburkan untuk mendapatkan tembaga.
3Gelap gelita ditembusi,
tempat yang paling dalam diselidiki.
Di situ, di dalam kegelapan,
orang mencari batu-batan.
4Jauh di tempat yang tidak berpenghuni,
yang belum pernah dijalani dan dilalui,
orang bekerja sambil bergantung pada tali,
di dalam terowong yang sunyi sepi.
5Tanah menghasilkan makanan untuk manusia,
tetapi di bawah tanah itu, segalanya pecah berderai-derai.
6Batu-batu bumi mengandungi nilam,
dan debu bumi mengandungi emas.
7Burung helang tidak nampak jalan ke lombong itu,
burung nasar tidak pernah terbang di situ.
8Binatang buas tidak pernah menjejak jalan itu.
Singa pun tidak pernah melalui jalan yang sunyi itu.
9Orang menggali batu-batan yang keras sekali,
dasar gunung pun digali.
10Sedang mereka menembusi gunung batu,
mereka menjumpai permata yang sangat bermutu.
11Sampai ke sumber sungai mereka menggali,
dan menyatakan apa yang tersembunyi.
12Tetapi di manakah hikmat dapat dicari?
Di manakah kita dapat belajar agar mengerti?
13Hikmat tidak didapati di kalangan manusia;
tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya.
14Lautan dan samudera
mengatakan hikmat tidak terdapat di sana.
15Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni,
dan dengan perak pun tidak dapat dibeli.
16Emas dan permata yang paling berharga
tidak dapat mengimbangi nilainya.
17Nilainya lebih daripada emas,
dan daripada jambangan kencana ataupun kristal.
18Hikmat lebih tinggi nilainya
daripada batu karang, hablur, atau mutiara.
19Batu topaz dan emas tulen
tidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat.
20Di manakah sumber hikmat?
Di manakah kita dapat pengertian?
21Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya,
bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya.
22Maut dan kemusnahan pun berkata
bahawa yang didengar khabar angin sahaja.
23Allah sahaja yang mengetahui jalan ke sana,
ke tempat hikmat berada,
24kerana Dia melihat sampai ke hujung bumi,
melihat segala yang berada di bawah langit.
25Apabila Dia memberi angin kekuatan,
dan keluasan laut ditentukan-Nya;
26apabila Allah menentukan tempat hujan turun,
dan jalan yang dilalui kilat guruh;
27pada masa itulah hikmat dilihat-Nya
dan nilai hikmat diuji-Nya,
lalu diberikan restu-Nya.
28 Allah berfirman kepada manusia,
“Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan.
Untuk mendapat pengertian, kamu mesti meninggalkan kejahatan.”

Terpilih Sekarang Ini:

AYUB 28: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami