YESAYA 64
64
1Koyakkanlah langit dan turunlah, ya TUHAN! Gunung akan melihat Engkau, lalu gunung bergoncang kerana ketakutan. 2Gunung akan bergegar seperti air yang mendidih di atas api. Marilah tunjukkan kuasa-Mu kepada musuh-musuh-Mu, dan buatlah bangsa-bangsa gementar di hadapan-Mu. 3Dahulu Engkau datang melakukan perkara-perkara yang mengerikan, yang tidak kami sangka. Engkau turun, dan gunung-gunung bergoncang kerana ketakutan. 4 Belum pernah sesiapa melihat ataupun mendengar tentang Allah seperti Engkau, yang melakukan perkara-perkara seperti itu bagi orang yang berharap kepada-Nya. 5Engkau menyambut orang jujur, yang hidup menurut kehendak-Mu. Engkau murka terhadap kami, tetapi kami tetap berdosa. Sekalipun Engkau sangat murka, kami terus-menerus berbuat salah sejak dahulu. 6Kami semua telah berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin. 7Tiada sesiapa pun berdoa kepada-Mu. Tiada sesiapa pun menghampiri Engkau untuk minta pertolongan. Engkau telah menyembunyikan diri daripada kami, dan membiarkan kami binasa kerana dosa kami.
8Tetapi Engkaulah Bapa kami, ya TUHAN. Kami ini seperti tanah liat, dan Engkau seperti tukang periuk. Engkaulah yang menciptakan kami. 9Oleh itu janganlah terlalu murka terhadap kami, ataupun mengingat dosa kami selama-lamanya. Kami umat-Mu, kasihanilah kami. 10Kota-kota-Mu yang suci menjadi seperti padang gurun. Yerusalem telah menjadi runtuhan yang lengang 11dan Rumah TUHAN, rumah yang suci dan indah, tempat nenek moyang kami memuji Engkau dahulu, telah dimusnahkan api. Semua tempat yang kami sukai telah menjadi runtuhan. 12Ya TUHAN, tidakkah Engkau terharu oleh segala kejadian itu? Tidakkah Engkau hendak bertindak? Adakah Engkau akan membiarkan kami menderita dengan amat sangat?
Terpilih Sekarang Ini:
YESAYA 64: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.