YESAYA 53:3-11

YESAYA 53:3-11 BM

Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia; kita pun tidak mempedulikan dia. Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya. Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Allah baginya. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya. Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita. Dia diperlakukan dengan kasar, tetapi dia menanggungnya dengan sabar; Dia tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian, atau induk domba yang dicukur bulunya. Dia ditahan dan dihakimi, lalu digiring untuk dihukum mati. Tidak seorang pun mempedulikannya; dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita. Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat, dia dikebumikan bersama-sama orang kaya, walaupun dia tidak pernah melakukan jenayah dan tidak pernah berdusta.” TUHAN berfirman, “Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku; dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa. Oleh itu dia akan panjang umur; dia akan melihat keturunannya, dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana. Selepas penderitaan, dia akan bersukacita semula; dia akan tahu bahawa penderitaannya tidak sia-sia. Hamba-Ku yang setia dan yang Aku perkenankan akan menanggung hukuman banyak orang, dan kerana dia, Aku akan mengampuni mereka.

Imej Ayat untuk YESAYA 53:3-11

YESAYA 53:3-11 - Kita menghina dan menolak dia,
dia menderita kesengsaraan dan kesakitan.
Tidak seorang pun hendak memandang dia;
kita pun tidak mempedulikan dia.

Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya,
penyakit kitalah yang dideritanya.
Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu
hukuman Allah baginya.
Tetapi dia dilukai kerana dosa kita,
dia diseksa kerana perbuatan jahat kita.
Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,
kita disembuhkan kerana luka-lukanya.
Dahulu kita semua seperti domba yang sesat,
masing-masing mengikut jalan sendiri.
Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya,
hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.

Dia diperlakukan dengan kasar,
tetapi dia menanggungnya dengan sabar;
Dia tidak membuka mulutnya
seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian,
atau induk domba yang dicukur bulunya.
Dia ditahan dan dihakimi,
lalu digiring untuk dihukum mati.
Tidak seorang pun mempedulikannya;
dia dihukum mati kerana dosa bangsa kita.
Dia dikuburkan bersama-sama orang jahat,
dia dikebumikan bersama-sama orang kaya,
walaupun dia tidak pernah melakukan jenayah
dan tidak pernah berdusta.”

TUHAN berfirman,
“Penderitaannya memang menurut kehendak-Ku;
dia menyerahkan nyawanya sebagai korban bagi pengampunan dosa.
Oleh itu dia akan panjang umur;
dia akan melihat keturunannya,
dan melalui dia maksud-Ku akan terlaksana.
Selepas penderitaan, dia akan bersukacita semula;
dia akan tahu bahawa penderitaannya tidak sia-sia.
Hamba-Ku yang setia dan yang Aku perkenankan
akan menanggung hukuman banyak orang,
dan kerana dia, Aku akan mengampuni mereka.YESAYA 53:3-11 - Kita menghina dan menolak dia,

dan kerana dia, Aku akan mengampuni mereka.