YESAYA 48:5-11, 17
YESAYA 48:5-11 BM
Oleh itu sejak dahulu Aku berfirman tentang masa depan kamu, Aku mengisytiharkan hal-hal yang belum berlaku; supaya kamu tidak dapat berkata bahawa hal itu perbuatan patung berhala kamu. Segala nubuat-Ku telah berlaku sekarang, kamu harus mengaku bahawa nubuat-Ku itu benar. Sekarang Aku bernubuat pula tentang hal-hal yang baru, rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui. Baru sekarang Aku melakukannya, belum pernah kamu mendengar hal itu, supaya kamu tidak dapat berkata bahawa kamu sudah mengetahui segala-galanya. Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai, kamu dikenal sebagai penderhaka. Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya, dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu. Aku menahan kemurkaan-Ku, supaya orang memuji nama-Ku. Aku menahan kemarahan-Ku, supaya kamu tidak dibinasakan. Aku telah menguji kamu dengan api kesengsaraan, seperti perak diuji di dalam relau. Perbuatan-Ku ini bagi kepentingan-Ku sendiri, Aku tidak akan membiarkan nama-Ku dicemar, atau membahagi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”
YESAYA 48:17 BM
Firman Allah Israel, Allah yang suci, TUHAN Penyelamat kamu, “Akulah TUHAN, Allah kamu, Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu, Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.

