YESAYA 15

15
Allah Akan Memusnahkan Moab
1Inilah perkhabaran TUHAN tentang Moab.
Kota Ar dan Kir dimusnahkan dalam satu malam. Seluruh negeri Moab menjadi sunyi. 2Penduduk Dibon mendaki bukit untuk menangis di tempat penyembahan dewa. Penduduk Moab meratapi kota Nebo dan Medeba. Mereka telah mencukur rambut dan janggut sebagai tanda berduka. 3Orang di jalan memakai kain guni. Di tanah lapang dan di bumbung rumah, orang meratap dan menangis. 4Tangisan orang di Hesybon dan Eleale terdengar sampai ke Yahas. Bahkan askar-askar pun gementar; mereka hilang semangat.
5Aku mengasihani Moab. Penduduknya sudah lari ke Zoar dan Eglat-Selisia. Ada yang mendaki jalan ke Luhit sambil menangis. Ada pula yang lari ke Horonaim sambil menjerit-jerit dengan sedih kerana ditimpa bencana. 6Sungai Nimrim sudah kering. Rumput di tepinya sudah layu dan tidak ada lagi tumbuhan yang hijau. 7Orang menyeberangi Sungai Haarabim untuk menyelamatkan diri dengan segala harta mereka. 8Di serata perbatasan Moab kedengaran suara tangisan. Tangisan itu kedengaran juga di Eglaim dan Beer-Elim. 9Di kota Dibon, air sungai menjadi merah kerana bercampur darah. Namun Allah akan mendatangkan hal yang lebih dahsyat lagi bagi penduduk di sana. Sesungguhnya setiap orang yang masih hidup di Moab akan mati dibantai.

Terpilih Sekarang Ini:

YESAYA 15: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami