Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.” TUHAN berfirman, “Umat-Ku yang menyeleweng akan Kubawa kembali. Mereka akan Kukasihi dengan segenap hati, sebab mereka tidak Kumurkai lagi. Bagi orang Israel, Aku seperti hujan yang membasahi tanah yang gersang. Mereka akan berkembang seperti bunga, dan seperti pokok di Lebanon yang dalam akarnya. Mereka akan hidup dan bertambah banyak seperti tanaman yang banyak tunasnya, dan mereka menjadi indah seperti pokok zaitun. Mereka akan menjadi harum seperti pokok sedar di Lebanon. Mereka akan kembali kepada-Ku dan hidup dalam perlindungan-Ku. Dengan pesat mereka akan bertambah makmur seperti gandum bertumbuh di ladang yang subur, dan seperti ladang anggur yang banyak hasilnya. Mereka akan terkenal seperti wain dari Lebanon.
Baca HOSEA 14
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: HOSEA 14:4-8
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video