Pada hari itu juga, Nuh dan isterinya masuk ke dalam bahtera bersama dengan ketiga-tiga orang anak mereka, iaitu Sem, Yafet, dan Ham, serta isteri masing-masing. Bersama-sama mereka masuk pula setiap jenis binatang, baik yang jinak mahupun yang liar, yang besar mahupun yang kecil, dan juga setiap jenis burung. Seekor jantan dan seekor betina daripada tiap-tiap makhluk hidup masuk ke dalam bahtera bersama dengan Nuh, seperti yang diperintahkan oleh Allah. Selepas semuanya masuk, TUHAN menutup pintu bahtera. Banjir terus-menerus melanda bumi selama empat puluh hari, dan air naik sehingga bahtera terapung. Air semakin naik sehingga bahtera terapung-apung pada permukaan air. Air masih naik sehingga meliputi gunung-gunung yang paling tinggi. Air terus-menerus naik sampai tujuh meter lebih tinggi daripada puncak gunung. TUHAN membinasakan semua makhluk yang hidup di bumi: manusia, burung, dan binatang darat yang kecil mahupun yang besar. Hanya Nuh dan semua yang ada bersama-sama dia di dalam bahtera tidak binasa. Air tidak kunjung surut selama seratus lima puluh hari.
Baca KEJADIAN 7
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: KEJADIAN 7:13-24
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video